Wednesday, March 17, 2010

Kepentingan Takwim Syarikat? Apa, Kenapa, Mengapa?


Seperti kita sedia maklum, kita semua bernaung dibawah satu syarikat gergasi dan terkenal di Malaysia. Takwim atau aktiviti-aktiviti syarikat memainkan peranan penting dalam membantu perjalanan biznes kita sendiri dan sekaligus memudahkan kejayaan biznes kita. Ingin saya mengingatkan diri saya sendiri disini, biznes kita adalah satu biznes yang mudah dan senang jika kena pada caranya.

Izinkan saya mengulas topik pada hari ini yang berkenaan -

Takwim Syarikat & Kepentingan-nya.

Apa itu Takwim Syarikat?

* Takwim secara simple, bermaksud Kalendar. Di dalam konteks biznes kita, Takwim bererti Aktiviti Syarikat yang wajib dihadiri oleh semua rakan kongsi perniagaan.

Kenapa perlu Takwim Syarikat?

* Mengetahui tarikh & waktu bila aktiviti-aktiviti syarikat akan berlangsung memudahkan kita untuk membuat perancangan dan persediaan sepatutnya dengan lebih awal.

Contoh :-

Majlis Anugerah.

* Bagi Penerima, kita boleh bersiap sedia dengan menyediakan pakaian, kamera, bunga dan juga berkongsi memberitahu berita gembira dengan rakan-rakan kongsi, kawan-kawan dan keluarga.

* Sebagai Pemimpin pula, kita boleh bersiap sedia dengan memastikan rakan kongsi kita diraikan dan disambut atas usaha mencapai pangkat tersebut, di antara cara-cara ialah dengan memberikan hadiah, ucapan tahniah, bergambar bersama-sama dan sebagainya.

Mengapa perlu Takwim Syarikat?

* Takwim syarikat adalah penting untuk perjalanan biznes kita, kerana ia dapat memberikan bukti disamping suntikan semangat. Rakan-rakan kongsi digalakkan mengambil kesempatan menjemput kawan-kawan dan ahli keluarga untuk hadir meraikan majlis.

Apa yang berlaku di Takwim Syarikat?

* Pada kebiasaan Majlis Anugerah, syarikat akan memilih beberapa orang wakil pemimpin untuk memberikan ucapan. Ucapan ini kebiasaannya mengandungi nasihat, strategi dan testimoni dalam perjalanan biznes mereka. Kita juga dapat mengetahui tentang perkembangan biznes dan promosi-promosi baru seperti pakej melancong, produk dan sebagainya.

Kelebihan Takwim Syarikat?

* Dapat memberikan kita peluang untuk muncul dalam terbitan majalah-majalah, televisyen, surat khabar dan video-video klip syarikat. Ini sedikit sebanyak akan menolong perjalanan biznes kita sebagai bukti kepimpinan kita. Sesi bergambar di takwim syarikat juga mengumpul gambar-gambar dan video klip yang akan bakal digunakan untuk diri kita juga satu hari nanti.

Ulasan.

* Takwim syarikat ialah satu aktiviti yang dapat memanfaatkan setiap ahli perniagaan. Menghadiri aktiviti takwim syarikat juga akan membantu perjalanan biznes cuma yang tinggal ialah setiap Ahli perniagaan memaksimakan peluang yang ada.

Sekadar Renungan


"Think long-term, work short-term"

Sekian,

No comments:

Post a Comment